apa mau jadi?...  

Posted by Ha Fei Z

assalamualaikum,.. bah.. bertemu lagi kita,.. sa harap ko sihat2 seja la... mcm saya ni, sentiasa sihat2 jak... alhamdulillah,. berkat ari2 sa minum susu,.. jadi, jarang2 la jatuh sakit... haha... ni kali sa bkn mo cerita pasal kesihatan atau pasal produk2 tenusu yang dijual di pasaran .... so mo berkongsi cerita pasal Songlap2 ni.. apa itu "songlap"?.. sa pun ssh mo terangkan mcm mana songlap ni.. selalu dingar org ckap.. "songlap duit"... dia macam ..haiishh .. susah mo ckap.. yang paling ngam sa rasa,. seleweng la.. menyeleweng gitu.. hahaha..... alaa.. nnt pandai2 la ko refer tu kamu dewan apa maksud dia...

tp, ni kali la kan.. lain pla ayat dia...mcm sa ckp tadi.. selalu dingar...''songlap duit" ... tp, ni lain pla dia songlap...  "songlap pahala"....aik?.. naa.. bukan ja duit.. pahala pun buli di songlap... macam mana tu men'yonglap' pahala tu?.. ko tengok gambar ni.. sa ambil dari Harian Metro ..






















di bawah ni berita dia...



KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.
Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.
Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

“Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.
segala beras, kisap, sos, beg, kordial pun ada... ada lagi saripar(selipar) warna ijau.. macam2 ada~...  


“Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.

urang begini pun ada ka?.. apa suda jadi?...


bila sa baca ni berita... saya teringat pula, selalu saya pigi mesjid sembayang jumaat,.. ada jak urang bediri depan pintu masjid tu minta derma... untuk pelajar2 maahad taafiz la.. utk rumah anak2 yatim la.. utk anak2 kurang upaya la,.. kadang2 sa tepikir juga tu "betul ka tidak tu.. ntah2 utk durang sendiri... bkn utk anak2 yatim " .... tp,. sa tidak mo la buruk sangka ba kan.. jadi, sa kasi masuk la RM1 dalam tabung yang dia pegang2 tu.. kalu betul utk anak2 yatim.. pelajar maahad taafiz... urang2 susah.. bagus la.. tp, kalu tu urang menipu.. itu, biarla Allah S.W.T yang menentukan... bukan seja di mesjid... selalu jg tu sa nmpak di kadai2/restoran2 mamak tu.. tabung untuk mesjid itu la... mesjid ini la... harap2 la mmg betul...

ba.. sama-sama la kita renung-merenungkan... sa mo smbung lu bt kerja ... tadi sistem down.. tu yang men'yonglap' masa bekerja pigi bt entry blog ni... hahahaha... suriii la boss.. sistem down kan.. daripada sa lugai2 jak.. hhahahahaha... ba.. chow!!..

This entry was posted on Friday 20 May 2011 at 5/20/2011 10:33:00 am . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment

nuffnang ads